Monday, May 5, 2014

INSTITUSI PERIBADATAN/MASJID

Jerman adalah sebuah negara yang terletak di Eropah Tengah yang dikelilingi oleh beberapa buah negara yang lain. Kristian ialah agama yang paling banyak di anuti di Jerman dengan bilangan sebanyak 53 juta penganutnya (64%) di situ. Walaupun begitu, agama kedua terbesar di Jerman adalah Agama Islam iaitu dengan 3.3 juta penganutnya (4%). Daripada 3.3 juta orang penganut Islam, kebanyakannya adalah golongan Sunnah dan juga Alewi dari Turki, namun terdapat juga sekumpulan kecil penganut Syi’ah. Namun, pada lembaran kali ini, saya akan menyenaraikan tempat-tempat menarik di Jerman yang berkaitan dengan Muslim di Jerman dan sejarah mereka.

 Masjid Sehitlik di Berlin, Jerman.



Di bina pada tahun antara 1999 - 2005, Masjid Sehitlik adalah masjid yang paling besar di Berlin yang dimiliki oleh komuniti Turki-Jerman. Masjid ini di dirikan di sebelah tanah perkuburan Muslim Turki di Jerman yang paling tua. Tanah perkuburan ini di buat pada tahun 1863 dan di sinilah tempat tertanamnya para pejuang Muslim yang bertempur dalam Perang  Prussian. Para syuhada ini juga di gelar “The Muslim Riders” yang juga terdiri dari orang-orang Bosnia, Albani dan Tatar. Solat di sini di baca dalam bahasaTurki (kadang kala dalam bahasa Arab), namun khutbah Jumaatnya dibaca dalam bahasa Jerman. Masjid ini bukan sahaja di jadikan tempat untuk bersembahyang, namun ianya juga di jadikan pusat komuniti.

Masjid Duisburg Merkez (DiTiB)

Masjid terbesar di Negara Jerman ini di buka dengan bertujuan untuk memecahkan halangan antara Negara Jerman dan Turki dan memudahkan hubungan antara masyarakat berbilang agama di Negara mereka. Ianya juga mampu menampung sebanyak 1,200 ahli Jemaah solat di dalamnya. Masjid  ini bukan sahaja di jadikan tempat bersembahyang untuk para muslim namun juga tempat pendidikan dan pertemuan antara masyarakat. Masjid ini juga menjadi tempat pertemuan insan yang berlainan agama dan budaya untuk mengadakan sesi berdialog. Hampir 5,000 pelawat rasmi akan melawat masjid ini setiap bulan tanpa mengira agama atau usia.

          Masjid Umar Ibn Al-Khattab ( Turki  Ömer İbnu'l Hattab Camii ) di Berlin-Kreuzberg
 Dibina oleh "Persatuan Islam untuk projek amal" (IVWP) dan siap pada 2008. Ia terletak di persimpangan Wiener Straße dengan jalan Skalitzer di Stesen Metro Stesen Görlitz dan dinamakan selepas awal Islam Khalifah Umar ibn al-Khattab dinamakan.
Pada Jun 2004 dengan anggaran  kos kira-kira sepuluh juta euro dan mempunyai kecil kubah dan empat bijaksana kira-kira tujuh meter tinggi menara masjid di pinggir bumbung, dinobatkan oleh bulan sabit hujungnya. Dewan solat dengan galeri dua tingkat memegang lebih daripada 1,000 jemaah. The Center Mashari adalah rumah kepada tujuh tingkat salun untuk perayaan, sebuah sekolah Quran, serta butik, kafe dan pasar raya.
"Persatuan Islam untuk projek amal" (IVWP) tergolong kepada "Persatuan Projek Kebajikan Islam" (AICP). The Center Mashariadalah ibu pejabat Jerman AICP (al-Habash) , seorang Islam denominasi dari Lebanon .




Masjid Gaya Klasik

                                              



Sekitar 1.200 orang boleh berkumpul di bawah kubah mesjid Merkez yang bergaya klasik ini. Ruang bawah tanah bangunan tersebut berisi perpustakaan. Ada lagi ruangan seluas 1.000 meter persegi yang boleh dipakai untuk acara khusus.



Masjid Imam-Ali: Wajah Toleransi di Hamburg
                                           
Pusat Islam di Hamburg merupakan salah satu institusi Muslim tertua di Eropah dan menjadi pusat kajian Islam Syiah di Jerman. Sedangkan Masjid Imam-Ali di Hamburg, merupakan salah satu masjid tertua di Jerman dan Eropah. Masjid yang berdiri megah ini didominasi warna biru. Hamburg merupakan kawasan pertama di Jerman pertama yang menandatangani kesepakatan dengan komuniti masyarakat Muslim. Hari besar Islam akan diakui dan model pendidikan agama Islam akan mulai dikembangkan.Hamburg ingin menunjukan diri terbuka untuk dunia dan toleransi. Salah seorang tokoh agama di kawasan itu, Uskup Katolik Hans-Jochen Jaschke menilai pentingnya berbagai agama saling membantu dan mampu berkomunikasi bersama. Muslim di Hamburg juga membantu pengembangan model pendidikan agama Islam di sekolah-sekolah


Masjis Al-Falah
                                                                             
Masjid Al Falah di kota Berlin adalah satu-satunya masjid yang dibangun, dikembangkan dan dikelola oleh masyarakat Indonesia di ibukota negara Jerman ini. Ia mungkin juga merupakan satu-satunya masjid yang murni dikelola oleh kaum muslimin Indonesia di negara Jerman, lengkap dengan berbagai kegiatannya.Masjid Al Falah selama ini masih mengontrak bangunan di jalan Feldzeugmeisterstrasse. kemajuan Islam di Berlin dan Jerman secara keseluruhan dirasakan pula oleh umat muslim Indonesia. Dakwah semakin berkembang dan jamaah semakin bertambah. Dan kini muslim Indonesia di Berlin berencana untuk membangun masjid Indonesia di Berlin yang permanen.


sumber: http://de.wikipedia.org/wiki/Liste_der_Moscheen_in_Deutschland





No comments:

Post a Comment